-Pautan Dari Radio Online PenangFm.com.my-

IP

Selamat Datang Ke Laman Blog Rasmi Penang Groups


Penang Groups adalah merupakan sebuah kumpulan yang menghimpunkan chatters-chatters yang sedang bergiat didalam bidang chit-chat di alam cyber terutamanya yang berlokasi di negeri Pulau Pinang. Penang Groups ini terdiri daripada berbilang bangsa & berlatar belakangkan karier yang berbeza. Melalui Penang Groups ahli-ahli dapat bersua kenal dengan lebih rapat lagi di samping mengadakan aktiviti-aktivit yang sihat seperti beriadah, sukan, family days,gath, kerja-kerja amal dan banyak lagi.

Monday, August 22, 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011 & Melawat Faizal Izal Di Hospital KPJ Perda


Alhamdulillah telah selamat pun majlis berbuka puasa penang groups yang telah di adakan pada 21/8/2011 bertempat di subaidah permatang pauh,setelah hampir setahun setangah tanpa sebarang aktiviti kerana di sebabkan kebanyakkan ahli sibuk dengan kerja dan komitmen masing-masing akhir berjaya juga majlis perhimpunan sebegini di adakan. Terima kasih kepada kesemua chatters yang telah sudi hadir ke majlis ini. Antara yang hadir ialah korie, ody ong, katak sewel, meon, pak imam, tupai, yOnz & sya, tupai & ima_cute, tasha, salmonella, blade dan dua orang kawan nya.


Selepas selesai majlis berbuka puasa, groups telah sepakat untuk melawat ahli groups yang di timpa kemalangan iaitu Faizal Lakokiko di Hospital KPJ Bandar Perda. Beliau telah mendapat kemalangan bergesel dengan lori berhampiran bulatan Seberang Jaya. Alhamdulillah keadaan beliau tidak begitu serius namun keadaan luka di tangan beliau agak teruk juga. Bagi pihak groups kami mendoakan agar Faizal cepat sembuh.

Bagi Admin Groups yOnz skali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah sudi hadir ke Majlis Berbuka Puasa 2011 ini. Lepas ini kita rancang pula Majlis Hari Raya Penang Groups 2011 ya..

1 comments:

my family said...

TQ kepada semua yang hadir

Post a Comment

Penang Group. Powered by Blogger.